sekadar panduan

Provided by IFC Markets

CARIAN

Custom Search

Sunday, October 31, 2010

ASAS10

 





selawat syifak
 





selawat menghindar syaitan
 




Doa Nabi Sulaiman
 






                                              ayat kursi( 9 wakaf )
 





Lauanzalna
 





 





 





selawat sulaiman
 








Selawat Tafrijiyyah
 


Pendahuluan

Setiap rawatan yang dilakukan hendaklah didahului dengan Surah Al-Fatihah, dengan beristighfar terlebih dahulu yang diikuti dengan selawat. Sesungguhnya fadilat Surah Al-Fatihah itu terlalu besar untuk mendapatkan kesem­buhan penyakit, termasuklah sakit akibat disengat bina­tang bisa juga racun.

Ibn al-Qayyim al-Jauziyah memberitahu yang ia pernah sakit di Mekah, tanpa tabib dan ubat. Lalu ía minum air zamzam dan membaca al-Fatihah beberapa kali kemudian minum air zamzam lagi dan akhirnya sembuh dengan izin Allah. Ia akhirnya merawat setiap arang sakit yang menemuinya dengan kaedah yang sama.

Kharijah bin as-Salat al-Tamimi meriwayatkan sebuah hadis daripada bapa saudaranya Allaqah bin Sahhar, yang menyatakan dia telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w. Dalam perjalanan pulang dia telah didatangi oleh sekumpulan orang Arab. Mereka ber­kata:

“Kami diberitahu bahawa saudara datang de­ngan membawa kebajikan. Adakah saudara mempunyai ubat atau jampi? Kami mempunyai seorang lelaki gila yang dirantai”.

Dia menjawab, “Ya!” Lalu ia dibawa menemui lelaki yang dipasung tadi. Pesakit tadi telah dibacakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah selama tiga hari berturut-turut, setiap pagi dan petang, dan al-Hamdulillah sembuh seperti sediakala dengan izin Allah s.w.t.


Secara umumnya, Bacaan Asas 10 (Pertama) ini boleh dibahagikan kepada 5 bahagian utama:

Kategori
Kombinasi Bacaan
Kegunaan

1

1. Surah-Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’


Untuk merawat pelbagai Jenis Penyakit

1. Surah-Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Lauanzalna


Untuk menurunkan sesuatu, seperti untuk memudahkan kelahiran bayi, memulihkan masalah kesukaran buang air kecil atau besar, kesukaran menelan atau tercekik tulang dan seumpamanya.


2

1. Surah-Al-Fatihah
2. Doa Menghindar Syaitan
3. Salam Selahtera Sulaiman
4. Doa Sulaiman


Untuk menangani iblis dan syaitan, terutamanya makhluk yang sedang menyerap merasuk dalam tubuh


3

1. Surah-Al-Fatihah
2. Selawat Syifa’
3. Selawat Tafrijiyyah


Untuk menghadapi masalah yang rumit atau merawat pesakit yang tidak diketahui puncanya


4

1. Surah-Al-Fatihah
2. Kaaaaf  Ha Ya ‘Aiiiin  Sooood
     Ha Miiiim   ‘Aiiiin Siiiin Qoooof

Berikan konsentrasi ketika membaca huruf-huruf potong ini


Bagi pesakit yang memerlukan rawatan Segera, seperti pesakit yang sedang mengerang kesakitan.


5

1. Surah-Al-Fatihah
2. Ayatul Kursi

Untuk memastikan pesakit betul-betul sembuh, di mana jin yang merasuk telah keluar daripada tubuh badan, suruh pesakit mem­baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf, dan mengulangi ayat pada wakaf 8 & 9 sebanyak  3 atau 7 kali.



Ayat al-Kursi dibaca untuk keselamatan diri, selepas sembahyang lima waktu, sebelum tidur atau ketika diganggu oleh iblis dan syaitan di perjalanan. Ayat ini juga boleh dibaca untuk keselamatan diri, keluarga, rumah dan harta benda.








No comments: